Jangan Salah Gunakan Teknologi, Elak Jenayah Siber – PM

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak menyalahgunakan teknologi siber yang ada pada masa kini.

Tegasnya, penggunaan internet dan media sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan munculnya pelbagai jeis ancaman dan jenayah siber.

Menurutnya lagi, ketika negara dilanda pandemik COVID-19, kebanyakkan ahli Keluarga Malaysia telah beralih ke arah penggunaan teknologi digital dalam setiap aspek kehidupan mereka.

“Keadaan ini menyebabkan berlakunya transformasi pada pola komunikasi dan sosial, norma baharu. Namun, situasi ini telah menyebabkan kebanyakan kita alpa dalam untuk menjaga adab dan etika walaupun dalam dunia siber.

“Teknologi digital banyak membantu serta melancarkan aktiviti kita, tetapi penyalahgunaan teknologi masih berlaku termasuklah dalam penggunaan Internet dan media sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, sehingga muncul pelbagai jenis ancaman serta jenayah siber.” Kata Ismail Sabri melalui kenyataannya di Facebook beliau.

Justeru, Keluarga Malaysia perlu memainkan peranan untuk membentuk sahsiah dan kawal kendiri bagi menyemai serta mengukuhkan kesepaduan komuniti dalam ekosistem siber agar ancaman dan jenayah siber dapat ditangani. Selain itu, ia untuk mewujudkan persekitaran siber yang positif dan sejahtera.

Dengan menggunakan tanda pagar #KITASiber #KeluargaMalaysia #cybersecuritymy #CyberSAFE #SaferInternetDay #SID2022 Ismail Sabri berharap sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 – Edisi Malaysia yang bertemakan K.I.T.A Siber, beliau menyeru kepada Keluarga Malaysia supaya terus memupuk sikap kebertanggungjawaban ke atas diri sendiri dan orang lain dengan mengamalkan kaedah Komunikasi, mengambil kira Inklusif dan Tanggungjawab di samping meningkatkan keAkraban bagi membentuk komuniti digital yang harmoni.

“Selamat Hari Keselamatan Internet 2022. Sentiasa Bijak, Sentiasa Selamat. Bersama-sama ke Arah Kesejahteraan Siber.” ucap beliau. -SuaraTV

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat