Kuasa politik di tangan PAS tapi Hudud, RUU355 sepi – Saifuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membangkitkan persoalan mengapa hampir setahun Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, namun PAS masih belum bertegas mahu melakasankan hukum hudud dan RUU355.

Kata beliau PAS memiliki sepenuhnya kuasa politik di peringkat kerajaan pusat yakni Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) merangkap Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan begitu juga dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri bahkan Peguam Negara juga Muslim.

Semalam dalam kenyataan di Facebooknya, Saifuddin mula bertanya khabar hukum hudud dan RUU355 yang lantang diperjuangkan PAS sebelum menjadi kerajaan namun kini tidak lagi berbunyi soal pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan.

“Satu posting yang bertanya mengundang pelbagai reaksi namun tiada satu hujah yang menerang dan menjelaskan.

“Reaksi negatif ada tiga .. alih tajuk, maki hamun dan beri alasan, dalih. Seseorang dai’e itu tugasnya “menerang bukan menyerang”. Silibus tarbiah dan usrah mesti diperkemas balik. Rujuk balik nasihat Hassan alBanna, Mustafa Masyhur dan Fathi Yakan .. sesuaikan dengan waqi’ Malaysia.

“Teringat peringatan Ustaz Hasan Mahmud Ulama PAS asal Bachok yang berucap dalam muktamar “barang siapa dari kalangan ahli parti Islam yang bertanya tentang RUU355 dan Hudud maka mereka itu adalah lidah-lidah. Ini hujah melepas diri daripada tanggungjawab,” bidas Siafuddin.

Dalam pada itu beliau turut mengemukakan senarai semak pelaksanaan RUU355 dan Hudud.

“Kuasa politik di peringkat kerajaan pusat ada, RUU355 Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah siapkan, kerajaan pusat majoriti Muslim kecuali Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee.

“Menteri Undang-undang dipegang PAS, Menteri Agama adalah Mufti yang turut hadir dalam himpunan memperjuangkan Hudud di Padang Merbok, Peguam Negara juga Muslim.

“Persoalan yang ingin dibangkit, bila? Dan jika tak boleh kenapa? Soalnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat