Hishammuddin Temu Rakan Sejawat Di Abu Dhabi, Bincang Kerjasama Dua Hala

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijadualkan bertemu rakan sejawatnya dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi malam ini bagi membincangkan kerjasama dua hala dan isu serantau.

Kenyataan Kementerian Luar hari ini memaklumkan lawatan kerja itu dilakukan atas undangan Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama UAE Sheikh Abdullah bin Zayed bin Sultan Al Nahyan.

“Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin akan membincangkan mengenai kerjasama dua hala, isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian Malaysia serta UAE,” kata kenyataan tersebut.

Lawatan kerja tersebut dilakukan setelah lawatan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia dan dipatuhi sepenuhnya dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat oleh kerajaan UAE.

Pada 4 Februari lalu, Hishammuddin bertemu dengan rakan sejawatnya, Retno Marsudi semasa lawatan dua hari beliau ke Indonesia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat