Konsert ‘NIDJI : PELANGI DI MIRI’ bakal berlangsung pada 3 Febuari depan

- Advertisement -

Pihak penganjur Northbound Events dengan kerjasama Space Two Sdn Bhd sebagai agensi artis dengan bangganya mengumumkan konsert sensasi ‘Nidji : Pelangi Di Miri’ pada 3 Febuari 2024 bertempat di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri.

Konsert Nidji pada kali ini akan menampilkan penyanyi terbaru, Ubay yang telah menyertai keluarga Nidji dan bakal mempersembahkan Vokal luar biasa dengan tenaga Energik Nidji bakal memberi kelainan kepada peminat-peminat yang hadir nanti.

Konsert ini dijangka akan dihadiri oleh 2500 peminat yang bukan sahaja dari sekitar Miri dan brunei tetapi konsert ini turut mendapat perhatian dari Nidjiholics dari Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Pihak penganjur mengatakan pilihan tempat konsert di Miri kerana sudah terlalu banyak konsert-konsert dianjurkan,  Miri bukan sahaja bersempadan dengan Brunei tetapi Miri mempunyai banyak tempat pelancongan yang berpontensi  dan sekaligus konsert ini bakal menaikan dan memperkenalkan pusat pelancongan di Miri.

Konsert ini juga akan membawa dua kumpulan tersohor tempatan iaitu D_va dan MonoSterio yang akan bertindak sebagai artis pembuka konsert tersebut.

D_Va yang kini dianggotai oleh Kesha, Zarul, Don Guerzo dan Amar Hamka, sedang giat dalam proses rakaman EP terbaru mereka yang bakal terbit pada tahun ini. Penampilan mereka kali ini turut menjadi langkah pemasaran dalam usaha mempromosi single terbaru mereka ‘Insta Famous’ yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Monosterio juga tidak ketinggalan dalam mempromosikan kemunculan muzik video terbaru
Jerangkung’ pada 4 Januari lalu yang turut menjadi OST filem ‘Banglo Seksyen 12’. Mereka yang kini giat beraksi dalam sirkit muzik indie tempatan turut meluahkan kegembiraan mereka sebagai artis pembuka konsert ini yang juga mencoret permulaan perjalanan mereka pada tahun 2024.

Tidak kurang juga, Nidji bakal melancarkan album baru mereka pada tahun ini yang bakal menyajikan Ubay buat pertama kali dalam album mereka selain repertoar yang mencakup hits terbaik Nidji, bersama dengan kejutan-kejutan khas untuk para peminat setia. Konsert ini akan menyaksikan pecahan yang dinamik, harmoni yang memukau, dan performa panggung yang luar biasa seterusnya bakal menjadi pengalaman tak terlupakan bagi peminat muzik di sekitar Miri.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan band yang telah merevolusikan dunia muzik Indonesia ini, secara langsung di Miri dan sertai kami untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.

Tiket:    Tiket boleh didapati di ZOSO MUSIC atau secara atas talian di laman sesawang llassotickets.com . Sebarang pertanyaan mengenai tiket, sila hubungi 011 1943 1705. Harga Tiket atas talian adalah seperti berikut:

Meet and Greet (6Pax/Group)  RM1549
Heaven (Earlybird)                  RM179
Laskar Pelangi (Rock Zone)      RM239
Hapus Aku (Type B)                 RM199
BiarLah (Type C)                     RM159

Tarikh dan Masa: Sabtu, 3 Februari 2024
Pintu dibuka pada jam 5 petang
Konsert bermula pada 8.30 malam
Tempat: Eastwood Valley Golf & Country Club

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat