Hadi masih di IJN, tidak dibenar terima pelawat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang masih tidak dibenarkan menerima pelawat, walaupun kesihatannya bertambah baik.

Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman, berkata pengurusan Institut Jantung Negara (IJN) masih tidak membenarkan Ahli Parlimen Marang itu menerima pelawat.

“Kita menghubunginya pagi ini dan kesihatan Hadi yang dimasukkan ke IJN pada 1 Januari lalu semakin baik dan akan dibenarkan keluar dalam tempoh terdekat.

“Berdasarkan kesihatan terkini ayahanda tuan guru, sepatutnya dia sudah boleh keluar dari IJN, tetapi doktor meminta berehat secukupnya.

“Kesihatan ayahanda tuan guru semakin baik…dijangka discaj dalam tempoh terdekat, Insya-Allah,” lapor BH di Kuala Terengganu.

Hadi dimasukkan ke IJN pada 1 Januari lalu kerana perlu melakukan pemeriksaan susulan mengikut rutin kesihatan seperti ditetapkan.

Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok turut mengesahkan Abdul Hadi juga tidak sabar serta meminta untuk keluar daripada IJN dan balik ke kediaman.

“Bagaimanapun, ayahanda tuan guru juga perlu mematuhi prosedur ditetapkan oleh IJN.

“Pengurusan IJN masih melakukan pemantauan dan meminta ayahanda tuan guru berehat secukupnya sebelum dibenarkan keluar,” katanya.

Syahir juga turut memaklumkan Hadi turut tidak digalakkan menerima pelawat selepas dibenarkan keluar daripada IJN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat