Dakwaan 7-8 MP pembangkang akan sokong Anwar diyakini bukan rekaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal kononnya tujuh hingga lapan lagi ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini bukan rekaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi memberitahu tujuh nama yang beliau sebut di majlis tertutup itu memang munasbah.

“Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz mendedahkan 7-8 lagi MP Bersatu akan sokong Anwar disidang Parlimen Febuari nanti.

“Dakwaan Syed Abu Hussien diyakini benar. Sebelum itu semasa bertemu kawan kawan rapatnya, dia maklum akan umum sokong Anwar di hari terakhir penggulungan Bajet 2024.

“Ternyata ia berlaku. Justeru cerita 7-8 MP Bersatu akan ikut jejak 5 yang lain diyakini bukan rekaan. 7 nama yang beliau sebut di majlis tertutup itu memang munasabah,” ujar Puad.

Justeru beliau menggesa Datuk Seri Sanusi Md Nor melupakan hasrat untuk menubuhkan kerajaan “mee segera”.

“Elok Sanusi lupakan hasrat untuk tubuh kerajaan “mee segera”.

“Ikut saja cakap Tan Sri Abdul Hadi Awang iaitu PAS sanggup tunggu hingga PRU-16,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin mendakwa tujuh hingga lapan lagi ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Mendedahkan perkara itu, Syed Abu Hussin Hafiz berkata ini juga akan dibuat dalam terdekat ini.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan sama ada ahli Parlimen terbabit adalah dari Bersatu atau PAS yang menerajui pakatan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Sebaiknya, dia sendiri yang berpaling tadah dati Bersatu, baru-baru ini hanya meminta untuk ‘menunggu’ pengumuman daripada individu terlibat.

“Sekarang ada tujuh hingga lapan orang. Tunggu masa akan ada pengumuman, dalam masa terdekat.

“(Ahli Parlimen) dari beberapa negeri, kerana semua mereka dari kawasan Melayu,” katanya dipetik Sinar Harian.

Syed Abu Hussin Hafiz adalah wakil rakyat pembangkang terbaru dan kelima-lima wakil rakyat Bersatu itu menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan perdana menteri pada 29 November lalu selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat