Bukan cuma minta peruntukan, mesti kemuka laporan bulanan juga – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi mengemukakan laporan bulanan berkaitan perkembangan serta sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan projek kerajaan.

Perdana Menteri berkata, laporan terbabit perlu melalui Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk dimaklumkan kepada beliau.

“Selalunya, apabila ketua jabatan, KSU jumpa dalam perbincangan (dengan) saya, dalam mesyuarat jawatankuasa Kabinet, semua mencadangkan minta peruntukan, tambah projek… ya ia memang dibolehkan.

“Tetapi ada kaedah baharu nak kita perkenalkan, mesti ada laporan bulanan, apa yang dilakukan, apakah sumbangan saudara dalam usaha melaksanakan projek itu,” katanya lapor BH di Putrajaya pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di PUSPANITAPURI.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar berkata, kaedah baharu itu penting supaya semua agenda kerajaan dapat dicerakinkan sama ada dalam peralihan tenaga, transformasi digital, pelan perindustrian atau Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Katanya, sebab itu kerajaan tidak meneruskan lagi dengan cara rundingan terus untuk mengelakkan kecelaruan dan salah guna.

“Saudara diamanahkan, kita semua diamanahkan, kita tak tunggu laporan satu tahun, setiap bulan ada kemajuan yang jelas dan sumbangan saudara melaksanakan sama ada menjadikan negara ini seperti mana didoakan negara MADANI atau ekonomi MADANI.

“Jadi saya harap hal ini dapat dilakukan bersama usaha perubahan semua dan saudara tahu dalam sistem politik, dalam kerajaan, jemaah menteri, kita juga cuba melakukan kaedah baharu, meneruskan kalau ada yang baik dahulu, kita teruskan tetapi pendekatan kita harus berubah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, setiap kementerian harus ada pendekatan yang lebih berani.

“Walaupun ada pelbagai hal, saya yakin insya-Allah kerajaan kita stabil dan oleh kerana stabil ini, kita nak guna sepenuhnya untuk melaksanakan program bagi mengangkat martabat negara kita,” katanya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat