Ada yang berlari ke IJN, ada yang ke Sabah gelisah semacam – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Di sebalik desas-desus gelora politik, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi gambaran bahawa Bersatu masih lagi tenang.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) malah membidas, tak lari gunung dikejar.

“Sehari dua ni, saya dengar ramai yang tak senang duduk, gelisah semacam.

“Ada yang berlari ke Institut Jantung Negara (IJN), ada yang ke Sabah.

“Tenang-tenang saja, tak lari, gunung dikejar tu,” katanya sinis.

Hamzah bagaimanapun memberitahu beliau dan Datuk Dr Radzi Jidin tenang saja bermesyuarat.

“Alhamdulillah, saya bersama Datuk Dr Radzi Jidin tenang-tenang saja bermesyuarat bersama Badan Perhubungan Bersatu Wilayah,” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sedang dirawat di IJN, bagaimanapun ketika itu Hadi sedang menjalani rawatan.

Manakala, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbang ke Kota Kinabalu, Sabah semalam dikatakan untuk menyelesaikan situasi politik Sabah yang didakwa sedang bergolak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat