PKP Sekali Lagi Akan Beri Kesan Buruk Kepada Perniagaan – Persatuan PKS

Jalan Bukit Fraser-Raub ditutup atas faktor keselamatan

KUANTAN: Jalan ke pusat peranginan Bukit Fraser melalui Raub, kira-kira 240 kilometer dari sini, ditutup sejak dua hari lepas kepada semua kenderaan atas faktor...

Peniaga boleh pohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja – Polis Kelantan

KOTA BHARU: Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan, kini dibolehkan memohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja di balai polis...

Berhemah ketika pkp

BERDEPAN kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di enam negeri, Rabu lalu dilanjutkan, artis dan selebriti membuat persediaan agar impak penularan Covid-19 tidak...

Judi Dench terima suntikan vaksin Covid-19

London: Pelakon veteran Britain, Judi Dench, 86, sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 baru-baru ini dan berkongsi pengalaman menjadi salah seorang individu terawal menerima...

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

etahun berlalu dan pada Oktober lalu HUAWEI telah melancarkan model terbaru pada siri Mate iaitu HUAWEI Mate 40 Pro. Siri Mate ini sebelum ini...

KUALA LUMPUR: Persatuan Perushaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia meluahkan kebimbangan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi mungkin akan menyebabkan banyak perniagaan tempatan ‘gulung tikar’ dan kadar pengangguran akan meningkat di Malaysia.

Naib Presidennya Chin Chee Seong dalam satu kenyataan berkata satu lagi pelaksanaan PKP akan menjejaskan lebih banyak perniagaan yang kini sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan.

Awal semalam, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) juga mengeluarkan kenyataan serupa yang meminta supaya aktiviti perniagaan dan ekonomi dibenarkan terus beroperasi, walaupun di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat.

Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata FMM menyokong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bersasar dengan SOP ketat serta penguatkuasaan sekatan perjalanan tetapi bukan PKP yang sama seperti dilaksanakan pada Mac, tahun 2020.

“Walaupun kami menghargai perlu ada keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan kelangsungan hidup, pusingan kedua PKP itu akan menjadi malapetaka kepada PKS yang akan memaksa mereka memberhentikan pekerja,” kata Chin yang juga Presiden Malaysia Cross-Border e-Commerce Association.

Beliau juga mendesak supaya pemprosesan permohonan lebih cepat untuk pemberian geran dan insentif untuk PKS tempatan.

“Apa yang berlaku sekarang, PKS terus mengalami kerugian ekonomi akibat daripada sekatan perjalanan dan lain-lain perkara yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata persatuan telah mengenal pasti banyak langkah yang dapat diambil oleh kerajaan untuk mempercepatkan kadar pemulihan perniagaan, dan juga ekonomi secara keseluruhan daripada kesan buruk yang disebabkan oleh pandemik tersebut.

Antara pemberian geran dan insentif kerajaan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Geran Pendigitalan PKS bersama BSN serta Geran Automasi Pintar di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kesemuanya adalah bantuan kewangan terbaik bagi PKS.

“Bagaimanapun, proses permohonannya sangat mencabar dan sukar. Banyak pemohon telah mengalami masa pemprosesan yang panjang, ia memerlukan berbulan-bulan untuk beberapa kes , sebelum permohonan mereka dipadankan dan diluluskan,” kata Chin.

Beliau juga mencadangkan supaya lebih banyak program keusahawanan dan latihan digital diperkenalkan serta dilaksanakan, terutama untuk komuniti belia di Malaysia.

Kerajaan harus mempertimbangkan untuk menyediakan perniagaan dengan lebih banyak insentif dan pakej kewangan yang berpusatkan kepada pekerja agar mereka dapat mengambil lebih ramai siswazah yang baru menamatkan pengajian, katanya.
“Persatuan PKS berharap menerusi kesemua insentif kewangan yang disediakan dan proses permohonan dipercepatkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan, ekonomi akan pulih pada suku kedua tahun 2021, Chin berkata.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Jalan Bukit Fraser-Raub ditutup atas faktor keselamatan

KUANTAN: Jalan ke pusat peranginan Bukit Fraser melalui Raub, kira-kira 240 kilometer dari sini, ditutup sejak dua hari lepas kepada semua kenderaan atas faktor...

Peniaga boleh pohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja – Polis Kelantan

KOTA BHARU: Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan, kini dibolehkan memohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja di balai polis...

PKP: Penjaja Minta Kerajaan Pertimbang Kebenaran Operasi Pasar Malam

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) meminta agar kerajaan mempertimbang untuk membenarkan operasi pasar malam di enam negeri yang...