Pendakwaan Melampau Punca Ahmad Maslan Berang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tampil memperjelas ‘kes mahkamah zalim’ yang pernah disebutnya menjadi punca pimpinan partinya kurang senang dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad memberitahu situasi zalim yang dimaksudkan beliau contohnya ada individu menerima suapan RM50,000 pada tahun 2013 tapi dikompaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak 50 kali ganda.

Contoh lain, Ahmad yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menyebut pendakwaan tidak adil terhadap Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Pada 2019 kena bayar RM2.5 juta seperti IPF Baling. Adil ke?

“Jika UMNO bahagian-bahagian tahu, lagilah ramai yang marah,” kata Ahli Parlimen Pontian itu di Facebooknya.

Beliau berkata, untuk sebut UMNO tak puas hati dengan PN sebut sebab kes-kes mahkamah.

“Mereka tak tahu pun perincian. “Mereka tak tahu 41 orang yang disita, 80 orang yang dikompaun, 121 kes,” jelasnya.

Sebelum ini Ahmad dalam satu temu bual berkata, salah satu sebab utama UMNO tidak puas hati dengan kerajaan PN adalah kerana langkah PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat