KWSP Pandang Serius Insiden Lontar Bom Petrol

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku susulan insiden bom petrol yang dilontarkan ke cawangan Miri pada pukul 2 petang tadi.

Bagaimanapun, KWSP memandang serius insiden tersebut yang bukan sahaja suatu jenayah, malah membahayakan pengunjung ke cawangan dan juga anggota.

Katanya, KWSP sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membuat siasatan.

”KWSP ingin menegaskan bahawa keganasan bukan sebuah jalan penyelesaian bagi apa jua perkara. Malah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah berjaya mengelakkan sebarang kekacauan awam yang berlaku di pelbagai pelosok dunia.

”Tindakan seumpama ini bukan sebahagian daripada nilai dan budaya kita,” kata KWSP dalam kenyataan di sini.

KWSP juga meyakinkan semua pengunjung ke cawangan serta anggota bahawa keselamatan mereka pada setiap masa sentiasa menjadi keutamaan KWSP.

Walaupun kejadian tersebut hanya menyebabkan sedikit kerosakan harta benda di cawangan Miri, KWSP akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk memastikan individu atau kumpulan yang merancang dan melakukan jenayah ini dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat