“Teguh kita menang bersama,” – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) perlu mengadakan lebih banyak perundingan dan pertemuan sebagai langkah untuk menyelesaikan isu yang berkait rapat dengan parti komponen PN.

Menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, pertemuan itu bagi mengadakan rundingan untuk menyelesaikan isu dipercayai berkaitan hubungan keruh antara parti komponen PN.

“Berunding itu lebih baik. Majlis Presiden juga patut bertemu,

“Selesaikan dengan cara baik sebagai rakan seperjuangan,

“Teguh kita menang bersama,” katanya ringkas menerusi ciapan di Twitter Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Jelas Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu memaklumkan, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Khas UMNO dijadual bermesyuarat malam ini, disusuli Dewan Tertinggi BN, esok, dan Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional, Rabu ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat