Ahmad Faizal TPM, tak berasas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Spekulasi yang menjangkakan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bakal mengisi posisi Timbalan Perdana Menteri selepas hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak sebenarnya tidak berasas.

Memetik laporan Malaysia Gazette yang diberitahu sumber dalaman Bersatu, ADUN Chenderiang itu tidak akan diserapkan ke dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) selepas meletakkan jawatannya, Sabtu lalu.

“Peja (Ahmad Faizal) tak akan ke (kerajaan) Persekutuan. (Sebaliknya) Peja akan jelajah satu Malaysia untuk bantu Bersatu berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya memetik laporan tersebut.

Sabtu lalu, Ahmad Faizal secara berseloroh mengatakan ‘jumpa di Seri Setia’ selepas mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak bersama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Seri Satria merupakan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri yang terletak di Putrajaya.

Perkara itu seolah-olah berasas apabila wujud poster di media sosial dengan ucapan tahniah kepada Ahmad Faizal di atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menggunakan nama Armada Bukit Gelugor.

Dalam perkembangan sama, sumber turut memaklumkan Bersatu tidak akan menyokong mana-mana ADUN dari UMNO sebagai pengganti Ahmad Faizal.

“Bersatu buat masa ini tidak akan beri sokongan kepada UMNO untuk tubuh kerajaan negeri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat