Rakyat Malaysia tak sepakat kecam kekejaman Israel ke atas Palestin – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia didakwa seolah-olah tidak sependapat mengenai peperangan Palestin – Israel.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, ramai percaya perang ini berpunca daripada perbezaan antara rakyat Palestin dan orang Yahudi yakni menjadi punca perang bermula.

“Tetapi sekarang ia sudah seperti pencabulan hak asasi rakyat Gaza.

“Seperti manusia lain yang punyai hak, rakyat Gaza juga berhak menikmati hak kemanusiaan. Tetapi hak mereka dirampas orang Israel,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata lagi, kita tidak mungkin lupa sekitar 1930an iaitu Yahudi di Jerman dirampas hak kemanusiaannya.

Ujarnya, tragedi holocaust menyebabkan 6 juta orang Yahudi dibunuh dan lebih ramai lagi sengsara diseksa dan ditindas.

“Dunia bersimpati terhadap Yahudi di Jerman dan sebahagian dari bantahan terhadap Nazi adalah sifat kebinatangan Nazi Jerman. Jutaan manusia mati untuk mengakhiri kesengsaraan orang Yahudi.

“Sekarang kita menyaksikan orang Yahudi Israel pula melakukan rampasan hak ke atas rakyat Palestin. Ini tragedi kemanusiaan. Perlakuan orang Israel ke atas rakyat Palestin adalah sama seperti yang dilaku Nazi terhadap orang Yahudi. Ia jelas tidak adil dan tidak berperikemanusiaan,” ujarnya.

Justeru Dr Mahathir menyeru semua rakyat Malaysia perlu tolak perbuatan merampas hak kemanusiaan yang dilaku orang Israel terhadap rakyat Palestin.

“Adalah salah apabila hanya umat Islam sahaja yang menuntut pengakhiran pembunuhan besar-besaran yang dilaku Israel.

“Seluruh rakyat Malaysia perlu berasa terganggu dan desak serangan Israel ke atas rakyat Palestin dihentikan,” gesa Dr Mahathir.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat