Calon BN PRN Melaka ada faktor ‘wow’

- Advertisement -

PETALING JAYA : Lima calon wanita Barisan Nasional (BN) yang diketengahkan sebagai calon disifatkan mempunyai faktor ‘wow’ untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, walaupun calon wanita pada PRN Melaka kali ini sekadar 18 peratus daripada keseluruhannya pencalonan BN, namun kekuatan kelima-limanya sangat penting bagi menyumbang kepada kemenangan parti itu.

Tambahnya, calon wanita BN adalah terdiri daripada mereka yang dinamik dan mempunyai imej segar dalam membawa kepada pembaharuan demi kebaikan pengundi.

“Kekuatan jentera Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus adalah sumber mendekati pengundi dalam keadaan kempen pilihan raya dalam norma yang baharu.

“PRN Melaka ini tidak pernah dilakukan BN dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini malahan menampakkan komitmen BN untuk melakukan perubahan demi rakyat Melaka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 pada 4 Oktober lalu selepas bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali hilang majoriti sokongan selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) bertindak menarik balik sokongan kepada kepimpinan beliau.

Kata Norliza, ciri calon diketengahkan kali ini ialah calon yang setia kepada parti.

“Aspirasi BN mengetengahkan 49 peratus calon berusia 50 tahun ke bawah yang memperlihatkan calon-calon muda ini boleh menawarkan perkhidmatan terbaik dan kuat bekerja untuk rakyat selari dengan slogan BN iaitu Kestabilan Demi Kemakmuran,” ujarnya.

– UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat