Ranhill SAJ Agih Air Bersih Kepada Pengguna Terjejas Di Negeri Sembilan

CYBERJAYA: Syarikat Ranhill SAJ menghantar bantuan khidmat 10 lori tangki air bagi membantu pihak Negeri Sembilan mengagihkan air bersih kepada pengguna terjejas.

Ini berikutan LRA Linggi di Negeri Sembilan telah menghentikan operasi dan telah menyebabkan gangguan bekalan air bersih dibeberapa kawasan.

“Berteraskan semangat kerjasama utuh dikalangan operator air,

“Ranhill SAJ telah menghantar bantuan khidmat 10 lari tangki air bagi membantu pihak Negeri Sembilan mengagihkan air bersih kepada pengguna terjejas,” kata kenyataan Ranhill SAJ dilaman facebooknya.

Terdahulu, Sebanyak 45,067 akaun pengguna Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.(SAINS) berdepan gangguan bekalan air melibatkan sebahagian kawasan Port Dickson dan Seremban berikutan gangguan terhadap operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi.

Ianya berikutan runtuhan tebing Sungai Linggi yang mengakibatkan gangguan kepada operasi LRA Sungai Linggi.

Memetik kenyataan SAINS, Runtuhan tebing sungai tersebut dipercayai disebabkan oleh kejadian hujan lebat yang melanda beberapa kawasan lewat malam pada 3 November lepas. Bagaimanapun, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang berusaha melaksanakan kerja-kerja baik pulih di tapak. -SuaraTV

 

Topik Hangat

Agong Titah Mengadap Semua Pemimpin Parti Politik Utama?

CYBERJAYA - SuaraTV difahamkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum...

Mazlan Lazim Bakal Timbalan Ketua Polis Negara?

Nama Dato' Sri Mazlan Lazim kini antara disebut-sebut sebagai bakal Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Acryl...

“Saya dah tutup pintu depan tapi…. “ – Ismail Sabri kecewa total lockdown disabotaj

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan total lockdown melalui PKP 3.0 kali ini dikritik teruk kerana ia ‘ditebuk’ oleh beberapa kementerian dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN)...

Berita Berkaitan

Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Ditangguhkan Selama Tiga Bulan – Dr Noraini

CYBERJAYA - Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditangguhkan selama tiga bulan untuk mereka yang layak. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri...

Agong Berkenan Pengerusikan Sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu 16 Jun Ini

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mempengerusikan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, 16 Jun...

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...