APMM akan bawa pulang Ex-USCGC hujung tahun ini, perkasa keselamatan Laut China Selatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – United States Coast Guard (USCG) menyatakan sokongan dan komitmen tinggi terhadap usaha yang dilakukan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

Selain menekankan pentingnya kerjasama dalam aspek keselamatan serta Intelligence Surveillance & Reconnaissance (ISR).

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas Commandant of United States Coast Guard (USCG), Admiral Linda Lee Fagan di Washington D.C. baru-baru ini.

“Dalam pertemuan empat mata itu, Linda Fagan turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Rosli selaku Ketua Pengarah Maritim Malaysia ketujuh di samping menunjukkan minat yang tinggi untuk mengetahui visi dan strategi yang dirancangkan beliau dalam memacu Maritim Malaysia ke arah yang lebih cemerlang.

“Hasil pertemuan tersebut, USCG telah menyatakan sokongan dan komitmen tinggi terhadap usaha yang dilakukan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara selain menekankan pentingnya kerjasama dalam aspek keselamatan serta Intelligence Surveillance & Reconnaissance (ISR).

“Saya amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh USCG dan percaya bahawa kerjasama ini akan memperkukuh keselamatan maritim kita serta memberikan manfaat kepada komuniti antarabangsa,” ujar Rosli.

Dalam rangka lawatan, delegasi Maritim Malaysia turut mengunjungi USCG Cutter Steadfast di Baltimore bagi meninjau persiapan membawa pulang kapal tersebut ke Malaysia, yang dijadualkan bermula pada penghujung tahun ini.

Dalam kenyataannya, Rosli mengesahkan bahawa USCG Cutter Steadfast berada dalam keadaan yang baik dan ruang kerja di dalamnya amat selesa bagi menempatkan pegawai dan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia.

“Proses baik pulih kapal berkenaan akan dilakukan dan keberadaannya di dalam inventori aset Maritim Malaysia tidak lama lagi bakal meningkatkan keupayaan operasi penguatkuasaan dalam mengimplementasi konsep operasi berteraskan ‘ever present’ dan ‘the right asset for the right mission’ di Zon Maritim Malaysia.

“Antara aspek penting yang dititik beratkan dalam membawa pulang kapal tersebut merangkumi kuasa gerak, penjanaan kuasa, struktur badan dan rangka kapal, komunikasi, pandu arah dan domestik,” katanya.

Selain itu, delegasi turut dibawa melawat USCG Surface Acquisitions Logistic Center di Baltimore, di mana perbincangan mengenai penyediaan peralatan sokongan kapal dan kemudahan bagi kru yang akan menjalani fasa suai kenal (familiarization) bersama aset tersebut turut akan diadakan.

Antara peralatan yang telah tersedia untuk diserahkan adalah meliputi peralatan Damage Control and Fire Fighting (DCFF), peralatan domestik seperti kelengkapan galley, dan peralatan serta kelengkapan Onboard Spare List (OSL).

Lawatan bersejarah itu diakhiri dengan pertukaran syiling, simbolik kepada tradisi agensi keselamatan dan jalinan kerjasama yang erat antara kedua-dua organisasi.

Untuk rekod, kapal berukuran Panjang 64.16 meter itu mempunyai kelebaran 10 meter serta berat 1,100 tan boleh memuatkan kapasiti 12 pegawai serta 63 anggota lain-lain pangkat dalam satu masa dengan kelajuan mencecah hingga 18 knot.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat