Pakar Gesa Kerajaan Guna Indikator Tambahan Kebenaran Rentas Negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Kebenaran untuk merentas negeri boleh menggunakan kaedah atau indikator tambahan bagi memastikan ia lebih selamat dan terjamin.

Menurut Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan Profr Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin berkata ia kerana pelbagai faktor boleh mempengaruhi jangkitan COVID-19 yang tidak hanya bergantung kepada 90 peratus kadar imunisasi vaksin.

“Kita perlu perhalusi sebaik mungkin berkenaan kebenaran rentas negeri yang mungkin akan dilaksanakan tidak lama lagi. Ia kerana setiap negeri mempunyai risiko masing-masing yang berbeza.

“Contohnya seperti Sarawak yang melaksanakan imunisasi vaksin terbaik setakat ini, tetapi Sarawak juga mempunyai kadar jangkitan varian Delta yang tertinggi. Jadi kita tidak boleh gunakan satu kelonggaran sahaja untuk semua negeri,” katanya ketika ditemu bual oleh Astro AWANI pada Khamis.

Dalam masa yang sama, beliau turut bersetuju jika pihak kerajaan menaikan peratusan kadar capaian vaksinasi daripada 90 peratus kepada yang lebih tinggi selain turut mengambil kira peratusan vaksinasi terhadap golongan remaja.

Selain itu katanya, kerajaan boleh meletakkan penanda aras bagi setiap negeri sebagai garis panduan seperti meletakan sasaran kurang daripada 500 jangkitan baharu sehari bagi membolehkan sebarang pergerakan rentas negeri dilakukan.

Dr Shamsul juga melihat bahawa sikap dan tanggungjawab dalam setiap individu juga adalah antara peranan terbesar dalam memastikan kadar jangkitan mampu dikawal sekiranya kebenaran rentas negeri itu akan dibenarkan kelak.

“Saya meletakan tiga perkara utama dalam kawalan kendiri jika rentas negeri itu nanti dibenarkan. Pertama mereka perlu melakukan ujian saringan COVID-19 secara peribadi menerusi alat ujian yang boleh didapati di farmasi sebelum melakukan perjalanan.

“Disiplin kendiri setiap individu itu perlulah diperkemaskan dari semasa ke semasa dan yang ketiga adalah setiap perjalanan itu mestilah mempunyai tujuan yang konkrit sahaja,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat