Timberland Hadir Dengan Koleksi Earthkeepers® Edition Yang Bergaya Dan ‘Go Green’

- Advertisement -

Sebut sahaja jenama Timberland, pasti anda akan terus terfikir tentang ketahanan produk yang dihasilkan oleh jenama ini. Kasut but Timberland contohnya dapat bertahan bertahun lamanya walaupun digunakan dalam keadaan ekstrim terutamanya ketika aktiviti outdoor.

Ketahanan itu hadir daripada pemilihan material yang digunakan oleh Timberland untuk setiap produknya. Tahun 2020, Timberland mempunyai visi untuk memberi penghargaan kepada alam semulajadi. Timberland mahu menjadi jenama yang lebih hijau menjelang 2030 dalam usaha mereka ke arah ‘A Greener Future Brand’.

Selari dengan misi mereka, Timberland memperkenalkan koleksi EARTHKEEPERS® EDITION untuk kempen Nature Needs Heroes™. Menariknya, produk daripada koleksi ini diperbuat daripada plastik yang dikitar semula supaya dapat mengurangkan impak kepada alam sekitar.

Rekaan bagi setiap produk dalam koleksi ini juga sangat moden dan praktikal; sesuai untuk digayakan untuk apa sahaja aktiviti. Jaket serta kasut but dalam koleksi ini juga diperbuat daripada bahan kalis air supaya ia sesuai dan bergaya untuk dipakai ketika hari hujan atau apa sahaja aktiviti outdoor anda.

 

 

 

Menerusi rekaan serta penggunaan material kitar semula ini, Timberland mahu menjadi sebuah jenama yang mementingkan zero waste serta zero impact kepada alam sekitar.

Koleksi EARTHKEEPERS® EDITION ini sudah boleh didapati di butik Timberland Malaysia berdekatan anda atau secara dalam talian pada harga bermula RM199 sehingga RM2,199. Sekiranya anda mahu jadi hero kepada alam sekitar, ini produk untuk anda.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat