Felda sudah lama bermasalah tapi banyak disembunyi bawah timbunan daun sawit – Exco Terengganu

KUALA LUMPUR – Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu Datuk Dr Azman Ibrahim menegaskan, masalah yang sedang melanda Felda sekarang bukan kerana Terengganu tuntut hutang tanah FGV.

Hakikatnya kata Azman, Felda telah lama bermasalah.

“Tetapi banyak masalah disembunyikan di bawah timbunan daun sawit. Masalah di Terengganu sahaja disembunyikan di bawah daun sawit selama lebih 40 tahun. Di negeri-negeri lain saya kurang arif.

“Terengganu sudah sangat bertolak ansur dalam menuntut hak. Tempoh beberapa tahun telah dipersetujui dalam perjanjian untuk melunaskan bayaran premium tanah.

“Bukan Terengganu minta untuk bayar sekali gus. Ladang FGV juga dibenarkan beroperasi sebagaimana biasa walaupun bayaran premium tanah belum dijelaskan,” katanya.

Azman menegaskan, Kerajaan Negeri Terengganu tak ambil walau setandan sawit.

“Kita hanya tuntut hak yang termaktub mengikut lunas peraturan dan perundangan.

“Sebelum ini banyak tuduhan dihalakan kepada Terengganu kononnya kita menganiayai Felda dan peneroka.

“Saya dan team telah hadapi semua ini dengan penub sabar dan berjiwa besar demi mengembalikan hak yang dinafikan. Akhirnya kebenaran semakin terserlah.

“Bekas Pengarah Besar yang ditahan SPRM ialah orang nombor 1 dalam pengurusan Felda. Prinsip kita, tiada siapa yang bersalah kecuali setelah dibuktikan bersalah,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat