31 MP tak langgar kesetiaan kepada parti, pilih dahulukan rakyat dan titah Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Isu tidak setia kepada parti langsung tidak timbul susulan tindakan 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN),” kata Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah.

Malah menurutnya, pendirian yang diambil oleh mereka patut dipuji kerana secara tidak langsung menjunjung falsafah, asas dan tujuan penubuhan parti UMNO itu sendiri.

” Dalam keadaan negara sedang bergelut untuk memerangi musibah pandemik virus Corona-19 yang telah memberi kesan yang amat perit kepada setiap sektor kehidupan masyarakat negara ini, maka adalah sangat bertepatan pendirian 31 orang ahli Parlimenuntuk kekal mendokong dan berdiri teguh menyokong kerajaan PN.

” Pendirian tersebut juga sejajar dengan Fasal 3.4 Perlembagaan UMNO yang menyebut: “membela nasib rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum”.

Kata Zakaria, negara dan rakyat negara ini sedang berdepan dengan krisis yang amat memerlukan sokongan dan dokongan daripada pemimpin, maka amatlah tepat dan sewajarnya mereka mengambil pendirian tersebut.

” Malah pada hemat saya selaku pemimpin dari strata rakyat di peringkat Bahagian UMNO, sepatutnya seluruh jajaran kepimpinan UMNO mengambil pendirian dan ketetapan seperti mana yang ditunjukkan oleh 31 orang ahli Parlimen tersebut.

“Ini kerana ketetapan dan pendirian mereka (31 orang ahli Parlimen), adalah secara jelas, terang dan bersuluh sangat sinonim dengan asas dan tujuan penubuhan UMNO. Yakni semangat pembentukan UMNO adalah untuk membela rakyat, agama dan tanah air,” ujar Zakaria.

Tambah beliau lagi, dalam masa yang sama Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada cadangan Perdana Menteri untuk kekal mentadbir dan hingga September 2021, dan Parlimen akan dibuka semula bagi membentangkan usul “percaya kepada Perdana Menteri dan Kerajaan PN.

” UMNO sejak dahulu sangat menjunjung titah diraja dan adalah janggal bagi UMNO untuk menderhaka atau melanggar.

“Atas semangat Perlembagaan UMNO dan asas menjunjung titah Tuanku, saya menyeru agar semua jajaran UMNO mendukung prinsip yang kita ikrarkan.

” Pada masa sukar ini amatlah molek dan sangat bijaksana sekiranya UMNO kekal mendukung bersama-sama dengan kerajaan PN, mengembeleng buah fikiran dan tenaga bagi sama- sama membela rakyat, raja dan negara keluar dari krisis dan musibah yang maha mencabar ini selaras dengan matlamat tersirat dan tersurat perjuangan UMNO itu sendiri iaitu demi agama, bangsa dan tanah air,” kata Zakaria.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat