Bila Dah Kena Batang Tubuh Sendiri Cakap Pendakwaan Politik – Shahril Hamdan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia hari ini menyelar parti DAP kononnya penahanan Lim Guan Eng bermotifkan pendakwaan politik.

“Bila BN yang kena, laju bersorak dan ringan mulut terus hukum “bersalah”. Bila parti dia, belum dengar dakwaan, belum bicara, senang-senang cakap tiada bukti. Senang-senang tuduh pendakwaan politik, katanya dalam facebook beliau.

“Nak solidariti silakan, tiada siapa halang. Tetapi sepertimana BN menghormati institusi kehakiman, begitular sewajarnya DAP dan Pakatan Harapan. Jika benar tidak bersalah anda tidak bersalah tegakkan di mahkamah.

Shahril menepelak DAP yang menulis dalam facebook mereka “Guan Eng telah ditahan SPRM, tiada sebarang bukti kesalahan dapat dikemukakan. Pendakwaan politik oleh Perikatan Nasional ternyata telah bermula. Solidariti bersama Lim Guan Eng.

Ini susulan penahanan Guan Eng malam tadi oleh pihak SPRM berhubung skandal projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion.

Pendakwaan pertama akan dilakukan di Mahkamah Jalan Duta jam 9 pagi hari ini, di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Satu lagi pendakwaan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 Ogos, di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Dalam kenyataan yang sama, SPRM turut memaklumkan Lim Guan Eng turut akan didakwa atas satu lagi pertuduhan pada 11 Ogos di mahkamah yang sama pada 11 Ogos 2020 di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Di Mahkamah pagi tadi, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Menurut kertas pertuduhan, semasa menjawat jawatan ketua menteri, secara rasuah Lim meminta bagi dirinya sendiri balasan berupa 10% daripada keuntungan yang akan diperolehi pada masa akan datang daripada Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat