Berpuluh Remaja Positif Covid Kerana Shisha

- Advertisement -

NEW DELHI – Akibat berkongsi paip penyedut shisha, 23 orang remaja telah dijangkiti virus Covid-19 di Gurugram, utara India.

Seorang lelaki dipercayai pembaa virus tersebut merupakan ejen penyebar abak berkenaan setelah selesai perkongsian menghisap bahan tersebut.

Lapor akhbar tempatan, kejadian pada 8 Julai lalu itu berlaku di sebuah perkampungan dalam sebuah majlis perkahwinan.

Terkini, pihak berkuasa tempatan di kampung berkenaan telah mengeluarkan arahan mengharamkan penggunaan shisha.

Turut bertindak, penduduk kampung membentuk satu jawatankuasa untuk memeriksa penggunaan shisha di kalangan remaja di kampung berkenaan.

Pegawai Kanan Kesihatan Hospital Jind, Gopal Goyal berkata pihak kesihatan daerah kampung berkenaan mengambil tindakan segera selepas seorang lelaki disahkan positif Covid-19 dan meminta rakan-rakannya menjalani ujian saringan.

“Apabila kes Covid-19 meningkat secara mendadak di kampung itu, kami mendapati shisha menjadi punca utama penyebaran jangkitan virus.

“Amalan menghisap shisha sering dilakukan di kampung-kampung dan ia perlu dielakkan ketika pandemik Covid-19,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat