HONOR Magic V5 dilancar 15 Julai- telefon lipat paling nipis di dunia

- Advertisement -

HONOR Malaysia hari ini mengesahkan bahawa telefon pintar boleh lipat generasi baharunya, HONOR Magic V5, akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 15 Julai 2025, jam 2 petang melalui siaran langsung di laman Facebook rasmi mereka. Pelancaran ini dijangka akan menjadi titik penting dalam landskap teknologi mudah alih tempatan, memandangkan HONOR Magic V5 disebut-sebut sebagai telefon lipat paling nipis di dunia dengan hanya 8.8mm ketebalan.

Acara pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi turut menandakan komitmen HONOR untuk memimpin pasaran peranti lipat melalui inovasi yang holistik merangkumi reka bentuk, prestasi, kamera dan ketahanan.

HONOR Magic V5 bukan sekadar satu lagi peranti lipat di pasaran. Ia direka untuk menjadi penanda aras baru dalam industri, menyaingi pesaing utama dengan reka bentuk ultra-nipis yang belum pernah dilihat sebelum ini. Ketebalannya yang menyamai syiling 50 sen atau tiga kad bank menandakan pencapaian luar biasa dari segi kejuruteraan dan estetik.

Dalam era di mana peranti boleh lipat sering dikritik kerana saiz besar dan ketahanan terhad, HONOR tampil menepis persepsi tersebut dengan inovasi menyeluruh yang digabungkan dalam Magic V5.

Antara ciri utama yang akan menjadi sorotan dalam pelancaran 15 Julai nanti termasuk:

  • Bateri 5820mAh terbesar dalam kelasnya dengan pengecasan pantas 66W SuperCharge dan sokongan pengecasan tanpa wayar 50W – ciri yang jarang ditawarkan dalam telefon boleh lipat ultra-nipis.
  • Kamera telephoto periskop 64MP dengan keupayaan zum 100x, lengkap dengan teknologi AI Super Zoom dan AI Enhanced Portrait — menjadikan Magic V5 antara telefon lipat paling canggih dari aspek pengimejan.
  • Ketahanan terbukti melalui penggunaan gentian karbon aerospace, perlindungan skrin NanoCrystal, serta engsel Super Steel Hinge yang diuji untuk 500,000 kali lipatan — menyasarkan jangka hayat lebih 13 tahun.
  • Ciri keselamatan dan perlindungan bertaraf IP58/IP59, memberikan ketahanan terhadap air dan habuk yang unggul bagi peranti lipat.

Pelancaran ini dijangka akan mengukuhkan kedudukan HONOR dalam segmen telefon pintar premium dan boleh lipat di Malaysia. Sejak kebelakangan ini, jenama tersebut telah menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam penerimaan pasaran dan kini bersaing rapat dengan jenama antarabangsa utama dalam kategori flagship.

Dengan HONOR Magic V5, syarikat ini dilihat menyasarkan bukan sahaja pengguna biasa, tetapi juga profesional, pencipta kandungan serta mereka yang mencari peranti gaya hidup berprestasi tinggi. Tambahan pula, dengan faktor reka bentuk ultra-nipis, Magic V5 dijangka akan menarik perhatian pengguna yang sebelum ini skeptikal terhadap saiz dan ketahanan telefon lipat.

Majlis pelancaran rasmi HONOR Magic V5 akan diadakan secara maya pada 15 Julai 2025 (Isnin), jam 2 petang, menerusi penstriman langsung di Facebook HONOR Malaysia.

Pengumuman lanjut mengenai harga rasmi, variasi warna dan storan, serta hadiah eksklusif untuk pembeli terawal akan didedahkan semasa acara tersebut. Peminat teknologi dan pengguna setia HONOR disaran untuk menyertai siaran langsung ini bagi mendapatkan maklumat tepat dari sumber rasmi.

Untuk pendaftaran minat dan kemas kini lanjut, layari www.honor.com/my atau ikuti saluran sosial rasmi HONOR Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat