Anwar didakwa jadi punca isu institusi kehakiman, beranikah Rafizi desak PM letak jawatan?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman mendakwa isu integriti kehakiman berpunca daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid menyokong usaha sembilan ahli Parlimen PKR mohon RCI tentang isu kehakiman.

Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman telah melahirkan kebimbangan ini. Integriti Kehakiman amat penting untuk keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Isu ini sebenarnya berpunca dari kegagalan Perdana Menteri. He is the problem.

“Secara peribadi saya sambut baik usaha (Datuk Seri) Rafizi dan kawan-kawan tadi semasa sidan media, tetapi mereka harus faham satu perkara Anwar adalah puncanya.

“Tiada pilihan kecuali desak Anwar Ibrahim letak jawatan. Itu sahaja cara selamatkan institusi negara ini.

“Beranikah Rafizi Ramli dan 8 lagi rakannya buat demikian? soal Rafique.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan sembilan ahli Parlimen PKR mohon RCI tentang isu kehakiman kerana kata mereka ini isu nasional memandangkan kehakiman penting.

“Rafizi Ramli letak jawatan pada 27 Mei 2025 kuat kuasa 17 Jun 2025 manakala Nik Nazmi letak jawatan pada 28 Mei 2025 kuat kuasa 4 Julai 2025.

“Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun bersara 1 Julai 2025 dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar bersara 2 Julai 2025.

“Dimanakah suara-suara 9 Ahli Parlimen PKR pada waktu itu? Isu ini isu nasional.

Isu ini mesti disambut oleh seluruh ahli Parlimen. Ia bukan milik blok pembangkang sahaja,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat