MB Selangor Yakin PKR Cabang Ampang Masih Teguh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR ― Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meminta ahli PKR Ampang melupakan individu yang meninggalkan parti.

Walaupun parlimen Ampang bukan lagi milik PKR, Amirudin berkata kedudukan parti di kawasan itu masih kekal teguh.

“Kita lupakan mereka yang telah meninggalkan perjuangan ini dan kita terus maju mara ke hadapan demi kesentosaan Selangor Darul Ehsan,” catatnya di Twitter.

Beliau turut memuat naik gambar bersama penyokong dan ahli cabang PKR ketika melawat kawasan Ampang malam tadi.

Ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin pada 24 Februari lalu dipecat daripada PKR selepas menyokong Perikatan Nasional membentuk kerajaan dan menjatuhkan Pakatan Harapan bersama bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Zuraida kemudian dilantik terus kekal menyandang jawatan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat