Ibu bapa Zayn Rayyan tertekan, tegaskan pembunuh sebenar masih berada di luar – peguam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin berada dalam keadaan tertekan dan berulang kali menegaskan pembunuh sebenar masih berada di luar.

Perkara itu diberitahu peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, Ilyani Khuszairy ketika permohonan sambung reman di hadapan Majistret Ainaa Muhamad Kamal.

“Kedua-dua pihak (ibu bapa Zayn) berada dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan, dapat tengok muka dia, menangis ketika bertanya-tanya soalan dan sering mengatakan bahawa pembunuh sebenarnya ada di luar.

“Mereka dalam tekanan dan berharap supaya kes ini dapat diselesaikan secara baik dan siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil, keadilan terhadap arwah anak mereka dapat dicapai,” katanya ketika ditemui pada sidang media di pekarangan mahkamah di Petaling Jaya pada Jumaat.

Memetik Harian Metro, Ilyani berkata, surat juga sudah dihantar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berjumpa ibu bapa Zayn Rayyan namun berharap dapat jawapan.

“Mak Zayn Rayyan sihat, cuma sama juga sangat tertekan dan sedih, cakap pun tak banyak, mungkin masih lagi dalam keadaan terkejut dan tertekan semasa berada dalam tujuh hari reman,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili mereka, Fahmi Abd Moin berkata, kedua-dua anak guamnya tetap memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes itu dan mencari keadilan untuk anak mereka.

“Buat masa ini tiada lagi permohonan untuk pemeriksaan psikologi, pihak kami juga memohon kepada pihak mahkamah tadi untuk berjumpa dengan anak guam ketika dalam reman enam hari,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, membenarkan permohonan sambung reman selama enam hari terhadap ibu bapa kepada Zayn Rayyan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Fahmi mengesahkan perintah reman baharu dikeluarkan Ainaa dan akan tamat pada Rabu depan (12 Jun).

“Perintah reman dilakukan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman Damansara Damai, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat