Umno Tak Pernah Gadai Maruah Melayu, Islam Kepada DAP – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti Melayu itu tidak pernah sesekali menggadai maruah dan Perlembagaan parti selepas menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) seperti dimomokkan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya menyatakan agenda berkenaan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu serta bahasa Melayu tidak pernah sekali pun diusik oleh PH.

“Kita sering dikonotasikan bahawa kita (Umno) bekerjasama dengan DAP, hakikatnya Barisan Nasional (BN) dan PH. Bahkan dalam BN kita ada MCA dan MIC dalam PH ada DAP di situ.

“Jadi yang harus kita lihat ialah bagaimana kebersamaan antara BN dengan PH. Malah agenda-agenda tentang Islam, Melayu, Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu tidak pernah pun diusik oleh PH.

“Mereka (PH) malah menghormati itu pendirian Umno kerana terdapat dalam Perlembagaan Umno bahawa keempat-empat usul ini wajib dipertahankan dan mereka bersetuju,” kata Zahid ketika ditemui media selepas Taklimat Presiden Umno di WTCKL pada Rabu.

Mengulas perkara sama, Zahid berkata beliau tidak nampak ada permasalahan dalam kerjasama Kerajaan Perpaduan, bahkan PAS terlebih dahulu melakukan perkara sama.

“…. kononnya kita terpaksa menggadai maruah dan sebagainya. Sebab PAS berkahwin dengan DAP dah lama dah kenapa PAS boleh? Bila kita (Umno) buat kononnya kita ini menggadai Islam dan Melayu.

“Jadi mereka harus tanya diri mereka sebab PAS telah melakukan perkahwinan mutaah politik beberapa kali dengan pelbagai parti termasuk DAP,” bidas Zahid.

Dalam perkembangan berbeza, Pengerusi BN itu menambah dalam Taklimat Presiden yang disampaikan beliau tadi menyentuh beberapa aspek penting terutamanya membabitkan realiti baharu politik tanah air dan juga Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya memberi pesanan kepada perwakilan yang hadir ke Taklimat Presiden tentang beberapa aspek, terutamanya realiti baharu politik tanah air iaitu kita berada di dalam Kerajaan Perpaduan dan kita adalah sebahagian daripada kerajaan dan kita tidak dominan, itu harus diakuikan.

“Oleh yang demikian PRN enam negeri ini mengundang kerja kuat kita dan membuktikan mana-mana kerusi yang dimuktamadkan untuk diberikan kepada BN hendaklah kita menangi tidak ada makna kalau kita merasa kuat tapi sebenarnya keberhasilannya kurang,” ujarnya.

Selain itu, Zahid juga menyeru para perwakilan yang hadir bangkit supaya Umno dapat memulihkan imejnya.

“Kita harus tahu bahawa undi kita pada PRU15 cuma berada sekitar 23 peratus dan kerusi yang kita perolehi cuma sekitar 11 peratus.

“Dua kali kita kecundang dalam pilihan raya umum yakni PRU14 dan PRU15 kita harus bangkit dan untuk bangkit kita harus perbetulkan kelemahan-kelemahan kita.

“… masalahnya dalam PRU14 dan PRU15 kita asyik melayani titik perbezaan di kalangan kita, maka kali ini kita mesti mencari titik persamaan dan kita harus bergerak ke hadapan begitu juga dalam situasi begini,” seru Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat