Selepas tawar letak jawatan, kini Rafizi umum untuk berlawan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini mengumumkan akan bertanding mempertahankan jawatannya dalam jangkaan satu pertandingan tiga penjuru yang turut melibatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Menurut Rafizi, beliau menerima baik laporan bahawa Saifuddin dan Nurul Izzah Anwar menunjukkan minat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti.

“Dari awal lagi, saya menyatakan bahawa hak untuk bertanding itu adalah hak masing-masing dan wajar kita raikan dalam semangat demokrasi.

“Oleh itu, saya mengalu-alukan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan kali ini dan akan turut serta calon-calon lain menggunakan pentas pemilihan kali ini untuk memperkuatkan parti,” katanya dalam kenyataan media hampir empat puluh para yang dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan tersebut Rafiz turut memaklumkan beliau telah menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Kabinet dan menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden PKR dalam pertemuan empat mata dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saifuddin.

Katanya, perbincangan dengan Anwar berlaku dua kali dan sekali dengan Saifuddin.

“Dalam pertemuan dengan Datuk Seri Anwar, saya mengutarakan pandangan bahawa strategi kempen ke arah Pilihanraya Umum ke-16 (PRU16) perlu diperkemaskan mengambil kira keadaan semasa rakyat.

“Saya menyatakan bahawa saya bersedia untuk tidak bertanding Timbalan Presiden dan tidak menyertai Kabinet untuk memberi tumpuan kepada kempen akar umbi. Kebimbangan saya banyak berkisar kepada keadaan semasa yang mana kempen kerajaan dilihat terlalu bertahan (𝘥𝘦𝘧𝘦𝘯𝘴𝘪𝘷𝘦), dan tidak menyerang (𝘰𝘧𝘧𝘦𝘯𝘴𝘪𝘷𝘦) seperti rentak PKR semasa menjadi pembangkang.

“Itu kekuatan yang saya ada sebagai seorang ahli politik dan wajar disesuaikan dengan keperluan kempen di masa berbaki dua tahun sebelum PRU16. Kedudukan saya sebagai seorang menteri menyebabkan saya terikat dengan konsensus pentadbiran kerajaan dan menyukarkan saya bersuara dengan lebih bebas, seperti sebelum ini. Ia menyumbang sedikit sebanyak kepada keadaan kempen PKR yang dilihat tidak agresif.

“Saya juga menyuarakan perkara yang sama kepada Saifuddin dan menyatakan kesediaan saya untuk memberi laluan, agar saya boleh kembali berkempen secara bebas dan agresif ke arah PRU16 tanpa perlu terikat kepada peraturan Kabinet dan kerajaan.

“Kedua-dua mereka memberi pandangan bahawa ada keperluan untuk saya kekal bertanding Timbalan Presiden dan menjadi sebahagian dari Kabinet. Saya nyatakan bahawa saya akan mengambil kira semua pandangan dalam membuat keputusan akhir,” ujar Rafizi lagi.

Kenyataan media tersebut juga membayangkan Rafizi tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan PKR di peringkat Cabang. Beliau turut memuat naik laporan audit pemilihan dan  menggesa supaya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak segera memastikan kelemahan-kelemahan sistem yang dibangkitkan di dalam kedua-dua laporan diperbaiki secepat mungkin.-SUARATV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat