Kontroversi Menara KL, pemengaruh media sosial dikompaun 10 ribu ringgit

- Advertisement -

CYBERJAYA, – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenakan kompaun berjumlah RM10,000 terhadap seorang individu, Mohamad Shafiq Bin Abdul Halim kerana memuat naik kandungan jelik melampau membabitkan sentimen kaum dan agama berkaitan isu pekerja Menara KL di aplikasi TikTok pada 31 Mac lalu.

Menurut kenyataan media MCMC, kompaun yang dikenakan adalah dengan izin Jabatan Peguam Negara.

Pemengaruh media sosial itu sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau
perkhidmatan aplikasi bagi tujuan penyebaran kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau.

Dalam kenyataan tersebut, MCMC turut menasihati semua pengguna media sosial agar sentiasa bertanggungjawab dan beretika dalam memuat naik atau berkongsi kandungan.

“Penyebaran kandungan berunsur jelik melampau, khususnya yang boleh menjejaskan sensitiviti agama, kaum atau institusi diraja, tidak akan
dikompromi.

MCMC menegaskan komitmen dalam memastikan ruang siber negara kekal selamat, teratur dan harmoni, selari dengan usaha memperkukuh perpaduan
nasional serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia,” tulis MCMC dalam kenyataan yang diedarkan kepada media petang tadi.

Mohamad Shafiq merupakan pemengaruh media sosial yang banyak membuat komentar politik di Tiktok.-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat