Trump Nak Buka Lombong Di Bulan

- Advertisement -

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merangka rancangan untuk menjayakan perlombongan di bulan di bawah kesepakatan antarabangsa baharu yang digelar Perjanjian Artemis.

Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, pegawai AS merancang untuk berunding mengenai perjanjian itu dengan rakan agensi angkasa lain seperti Kanada, Jepun dan negara Eropah serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dilihat mempunyai kepentingan sama untuk kegiatan melombong di bulan.

Perjanjian yang dinamakan sempena program bulan Artemis di bawah Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) itu turut mencadangkan ‘zon keselamatan’ yang akan mengelilingi pangkalan tersebut untuk mengelakkan kerosakan atau gangguan daripada negara pesaing atau syarikat yang beroperasi berhampiran.

Pentadbiran Trump dan negara yang mempunyai matlamat sama melihat bulan sebagai aset strategik utama di angkasa lepas selain mempunyai nilai untuk penyelidikan saintifik jangka panjang untuk misi ke planet Marikh.

Difahamkan, NASA melabur puluhan bilion dolar untuk program Artemis yang bertujuan menempatkan manusia di bulan menjelang 2024 dan penempatan berterusan di bahagian kutub selatan untuk perlombongan batu dan air di bawah permukaan bulan yang boleh ditukar menjadi bahan api roket. – Agensi

Sumber – Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat