RUU Anti Menghendap Lulus, Pelaku Akan Disiasat Bawah Kanun Keseksaan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 dengan sokongan sebulat suara, semalam.

Kedua-dua RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh Karpal Singh.

“Dengan kelulusan kedua-dua Rang Undang-undang tersebut, perlakuan menghendap (stalking) akan menjadi satu kesalahan jenayah yang membolehkan pelaku disiasat dan dikenakan hukuman di bawah Kanun Keseksaan.

“Manakala pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah telah memberikan mahkamah kuasa, atas permohonan, untuk mengeluarkan suatu perintah perlindungan terhadap seseorang yang sedang disiasat atau dituduh dengan kesalahan menghendap dengan tujuan untuk melindungi mangsa perlakuan menghendap tersebut,” kata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, dengan adanya peruntukan baharu dalam undang-undang berkaitan kesalahan menghendap ini, ia akan dapat memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa keselamatan diri mereka dalam hal ini adalah dilindungi dan terjamin.

“Ini adalah selaras dengan hasrat dan komitmen Kerajaan untuk menambah baik dan memperkasakan undang-undang sedia ada dan meletakkan kedudukan Malaysia setara dengan negara lain yang telah lama mewujudkan undang-undang berkaitan kesalahan menghendap,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat