Lebih Banyak Tapak Perindustrian Baharu di Pahang

- Advertisement -

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia menawarkan lebih banyak tapak untuk dijadikan kawasan perindustrian di negeri ini bagi membuka jaringan kerjasama dengan pelabur luar.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyediaan tapak baharu itu bagi membolehkan pembinaan fasa kedua dan ketiga Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) berhampiran Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan.

“Pelabur di negeri ini semestinya tidak perlu bimbang untuk terus mengembangkan pelaburan mereka berikutan tapak perindustrian yang akan disediakan nanti bukan sahaja di Kuantan tetapi juga termasuk Lipis dan sebagainya.

 

“Namun Kita akan mencari jalan dan membuat pertimbangan dari masa ke semasa untuk memperoleh situasi menang-menang bagi setiap perkara pembangunan ini.

“Seperkara lagi, kiita tidak mahu menyusahkan pelabur yang datang ke sini, dengan adanya sekatan dan halangan, (kalau ada pelbagai halangan) mereka akan lari ke tempat lain kerana mereka (pelabur) ada pilihan. Jadi, kita kena buka peluang lebih banyak kepada mereka,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-10 MCKIP di sebuah hotel terkenal di bandar raya Kuantan.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, pembinaan bagi fasa kedua dan ketiga MCKIP sedang berjalan dengan baik.

Jelasnya, projek fasa ketiga itu dijangka menghubungkan Pelabuhan Kuantan dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekali gus mengubah kawasan MCKIP menjadi Bandar Pelabuhan Kuantan sebagai bandar yang kondusif.

“Setakat ini, MCKIP telah membawa pelaburan berjumlah lebih RM30 bilion, menarik 50 syarikat antarabangsa untuk datang melabur selain memberikan lebih 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Bagi tahun lalu, kerajaan negeri berjaya menarik kira-kira RM11.01 billion pelaburan langsung syarikat asing dan daripada jumlah itu, RM5.6 bilion adalah dari negara China.

“Kita jangkakan lebih banyak syarikat dalam pelbagai sektor akan masuk membawa pelaburan ke taman perindustrian ini pada masa akan datang dan kerajaan negeri dari semasa ke semasa akan melihat keperluan dan kemudahan yang boleh diberikan untuk menarik mereka ,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat