Nazri Secara Terbuka Cadang Tok Mat Ganti Zahid Pimpin UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini secara terbuka mendesak penyingkiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO.

“Sekiranya Zahid berundur, ia tidak akan menimbulkan masalah mengenai siapa yang harus memimpin parti kerana kita (Umno) hanya mengikut hierarki. Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) ambil alih,” katanya.

Nazri menyuarakaan keyakinan Mohamad mampu mengetuai Umno dan berharap bekas menteri besar Negeri Sembilan itu akan melakukan reformasi dalam parti itu.

Katanya, apa yang penting adalah untuk Mohamad memberikan kepemimpinan yang “tegas dan berpendirian” serta melaksanakan reformasi dalam UMNO.

Selain penentangan sejumlah pemimpin parti, satu rakaman audio menunjukkan perbincangan antara Zahid dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjejaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) turut tersebar di media sosial.

Ketulenan rakaman itu belum disahkan tetapi ia telah beredar dalam lingkaran UMNO, membayangkan pertembungan dalam UMNO kini kian sengit.

Menurut laporan Free Malaysia Today hari ini, Nazri memberi peringatan yang peluang BN untuk menang dalam PRU15 amat tipis jika Zahid kekal sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Nazri membangkitkan apa yang berlaku dalam Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MIC minggu lalu sebgai contoh Zahid tidak lagi dihormati oleh parti komponen BN.

“Komponen BN nampaknya tidak menghormatinya (Zahid). Lihat sahaja AGM MIC hujung minggu lalu di mana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijemput untuk menyampaikan ucapan kepada para perwakilan.

“Sekiranya Presiden UMNO dan Pengerusi BN kuat, tidak ada parti komponen yang berfikir untuk mengundang orang luar. Ini sangat memalukan,” katanya seperti dipetik.

Setelah memuktamadkan keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu, Umno dijangka bakal bertembung dengan parti serpihannya itu pada PRU akan datang.

Bagaimanapun terdapat pemimpin dalam UMNO yang berpendirian parti itu perlu kekal bekerjasama dengan Bersatu dan PN.

Nazri yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin pada Januari lalu mencadangkan Timbalan Presiden Mohamad Hasan mengambil alih kepimpinan daripada Zahid yang kini berdepan 47 pertuduhan di mahkamah.

“Selagi dia ada, Umno tidak akan dilihat sebagai parti yang bersih kerana perbicaraannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat