Istanbul – Kerajaan Turki mula mengedarkan topeng muka kepada rakyatnya secara percuma bagi membendung penyebaran Covid-19 di negara itu.
Beberapa hari lepas, Presiden Tayyip Erdogan mengumumkan bahawa orang ramai tidak boleh memasuki kedai dan pasar tanpa topeng muka.
Kementerian kesihatan Turki dan Kementerian Pengangkutan merupakan dua kementerian yang terlibat dalamproses agihan topeng muka tersebut.
Kerajaan memberikan lima topeng untuk setiap warganegara bagi setiap seminggu. Walau bagaimanapun, pemberian topeng muka ini tidak termasuk bagi golongan berumur 20 tahun ke bawah dan 65 tahun ke atas.
Ketika ini, Turki mengenakan separa perintah berkurung di seluruh negara bagi tujuan membanteras penularan Covid-19.
Turki mengesahkan sebanyak 574 kes kematian sementara sebanyak 27,069 kes jangkitan telah dicatatkan. -SuaraTV