COVID-19: Genap Sebulan Dulu Kurang 20 Mati Di US, Hari Ini Lebih 10 Ribu!!

- Advertisement -

GENAP sebulan yang lepas iaitu pada 6 Mac 2020, 2 pegawai kanan dalam pentadbiran Presiden Donald Trump, masing-masing Penasihat Ekonomi nya Larry Kudlow dan Kaunselor Rumah Putih, Kellyanne Conway menyatakan bahawa virus Covid-19 telah berjaya dibendung di negara tersebut.

Pada ketika itu, kurang 20 kematian dicatatkan di seluruh Amerika Syarikat.

Hari ini, genap sebulan selepas kenyataan tersebut dibuat, jumlah kematian akibat Covid-19 di negara berkenaan telah melepasi 10 ribu orang.

Secara jelas menunjukkan virus berkenaan tidak berjaya dibendung.

Disinilah komunikasi memainkan peranan penting. Kerajaan tidak boleh memberikan gambaran yang salah kepada rakyat atau situasi akan menjadi lebih teruk.

Kita bersyukur kerana perubahan pentadbiran berlaku di negara kita ketika ada kecenderungan pentadbiran lama cuba menunjuk ke arah yang salah akan situasi sebenar wabak berkenaan.

Sewaktu China mengambil tindakan drastik mengurung lebih 30 juta rakyatnya bagi mengekang penyebaran virus berkenaan Januari lepas, negara kita pada waktu itu masih tidak mengambil sebarang tindakan drastik, malah membenarkan serta memberikan visa percuma lagi kepada pelancong dari China.

Alasan, keadaan belum kritikal, WHO belum isytihar pandemik dan sebagainya.

Walhal 2 negara yang paling hampir dengan China seperti Taiwan dan Korea Selatan, telah mengambil langkah tegas dengan menyekat serta merta sebarang penerbangan dari China, tak peduli apa WHO cakap pun.

Sehingga hari ini Taiwan hanya mencatat sebanyak 373 kes jangkitan dengan 5 kematian, sementara Korea Selatan, walaupun mencatatkan sebanyak 10,331 kes dan 192 kematian, tapi ia dicapai tanpa perlu menyekat pergerakan rakyat mereka. Korea juga mencatat 6,694 pesakit yang telah sembuh – lebih 60%.

Jumlah jangkitan baru pun semakin menurun di negara tersebut.

Model kedua-dua negara tersebut dalam menangani wabak seperti ini, mula menjadi rujukan beberapa negara lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat