Dakwaan pendeposit TH rugi RM30,000 tidak benar, duit dipindah ke akaun bank sendiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Siasatan dilakukan Lembaga Tabung Haji (TH) mendapati dakwaan seorang pendepositnya kerugian lebih RM30,000 selepas wang dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain, adalah tidak benar.

Bahagian Komunikasi Korporat TH berkata, ini kerana wang yang dikeluarkan daripada akaun TH pendeposit itu sebenarnya dimasukkan ke dalam akaun bank milik wanita itu sendiri.

“Merujuk kepada dakwaan transaksi tidak sah yang berlaku di Sarawak yang dilaporkan media hari ini, siasatan TH mendapati transaksi pemindahan wang adalah daripada akaun TH pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri,” katanya.

BH hari ini melaporkan seorang bekas pegawai kanan kerajaan mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain dan dikeluarkan dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak tahun 2018.

Bagaimanapun, kehilangan wang itu hanya disedari Datuk Jabidah Monseri, 66, pada 30 November tahun lalu.

Selepas bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada 2017, Jabidah ditawarkan jawatan baharu sebagai Pengerusi UNIMAS Holdings iaitu anak syarikat milik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), menyebabkan beliau sibuk hingga tidak mengemaskini akaun TH miliknya sehingga terjumpa semula buku akaun pada November tahun lalu dan mengemaskini akaun itu di pejabat TH di Kuching.

Bagaimanapun beliau terkejut sebaik semakan dibuat menunjukkan akaunnya hanya berbaki RM1,816.74, sedangkan wang dalam akaun itu sepatutnya lebih RM31,000. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat