Imej Optik Anwar Untuk Pikat Pengundi Melayu, Kata Khairy

KUALA LUMPUR – Imej optik yang dipaparkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tidak memakai tali leher, menyantuni rakyat tanpa protokol setiap kali Solat Jumaat dan memakai songkok yang dipadankan dengan sut dalam setiap lawatan luar negara secara tidak langsung adalah bertujuan menarik sokongan pengundi Melayu.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, umum maklum sememangnya imej yang dipaparkan Anwar di khalayak dan media adalah ‘natural style’ beliau namun ia adalah sebagai bentuk respons kepada pengundi-pengundi Melayu.

“Tentunya ini memang ‘natural style’ Anwar Ibrahim dan kalau kita melihat beliau sejak beberapa tahun yang lepas memang beliau tak suka pakai tali leher (anti- colonialism) dan Iran tak pakai tali leher tetapi saya nak sebut pertamanya ini adalah respons kepada keadaan pengundi-pengundi Melayu.

“Perdana Menteri tahu bahawa pengundi Melayu pada pilihan raya yang lepas tidak bersama Pakatan Harapan (PH) ada analisa yang sebut hanya dapat 11 peratus sahaja sokongan daripada pengundi Melayu untuk PH.

“Jadi banyak optik beliau (Anwar) adalah menjurus kepada meningkatkan sokongan dikalangan pengundi Melayu, kalau kita melihat dari segi program-program, dari segi interaksi bersama intelektual Melayu dan sebagainya memang sudah pasti bukan saja tali leher.

“Saya juga ada perasan benda lain, iaitu imej Soekarno yang dipaparkan Anwar -pakai songkok bila pergi luar negara. Pakai songkok dengan sut – ini pan Malay nationalism daripada kita melihat zaman 1950-an- imej Bung Karno.

“Saya melihat semua imej optik menjurus kepada satu objektif politik iaitu untuk ‘show up’ untuk dapat sokongan daripada Melayu,” jelas Khairy.

Beliau juga memuji keberanian Anwar berdepan media yang sekali gus memberi gambaran keyakinan seorang Perdana Menteri kepada masyarakat luar.

Malah katanya era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga tidak menyekat soalan-soalan media seperti kerajaan-kerajaan selepas itu.

Selain itu, Khairy juga mengiktiraf Anwar sebagai orator hebat dan mempunyai tahap keintelektualan yang tinggi, suka membaca tetapi sekarang umum ingit melihat pengurusan dan urus tadbir Anwar.

“Anwar sebagai Perdana Menteri yang boleh mentadbir dan mengurus adakah beliau akan menjadi seorang eksekutif chairman ataupun non excecutive chairman yang meletakkan hala tuju falsafah madani dan menurunkan segala details itu kepada Kabinet dan juga Ketua Setiausaha Negara (KSN) ataupun adakah beliau akan jadi Anwar the philosopher as well as the manager?

“Dalam pandangan saya sewaktu menjadi seorang menteri, bila kita nak drive reformasi dan banyak platform madani adalah platform dasar reformasi Malaysia memerlukan kepada seorang Perdana Menteri yang hands on, tidaklah micro manage tidaklah kacau, ganggu kerja penjawat awam tetapi memang keinginan dan interest dalam details dalam perkara-perkara teliti dalam pelaksanaan dasar.

“Kalau tidak dia lost in translation, kita cakap soal dasar, falsafah dan pendekatan akhirnya apa yang diterjemah oleh pelaksana adalah berbeza daripada apa yang kita mahu.

“Kita nak mlihat 6 bulan akan datang Perdana Menteri dan kerajaan ada kebolehan teknokratik,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat