Keunikan Filem Dajal (Satu Malam diPedajal) naskah Thriller segar sentuhan Pierre Andre

- Advertisement -

Majlis Malam Gala Filem Dajal (Satu Malam diPedajal) yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, menyaksikan kemeriahan dengan kehadiran barisan pelakon, rakan media, blogger, influencer, serta para tetamu jemputan. Acara ini menjadi lebih istimewa apabila tayangan perdana filem ini dipertontonkan secara eksklusif kepada hadirin yang teruja menantikan naskah terbaharu ini.

Menurut penerbit filem, David Teo, Dajal (Satu Malam diPedajal) bukan sekadar sebuah filem thriller biasa, malah ia menjadi bukti kehebatan Pierre Andre sebagai penulis dan pengarah. Naskah filem ini merupakan 100% hasil tulisan Pierre Andre sendiri, menjadikannya lebih autentik dan segar berbanding filem-filem lain yang pernah diterbitkan oleh Metrowealth.

Lebih menarik, filem ini mempertaruhkan kombinasi pelakon berbakat besar seperti Amir Nafis dan pempengaruh terkenal, Bidin Al Zaifa. Mereka turut disertai oleh barisan pelakon hebat lain seperti Khatijah Tan, Jay Iswazir, Jaja Iliyes, Dai Syed, Hanna Halim, Dai Fuad, dan Arfa Danish.

Filem ini membawa kisah dua pekerja Post-Traumatic Cleaner yang secara tidak sengaja terperangkap dalam situasi mistik di sebuah banglo selepas salah seorang daripada mereka membaca sebuah buku ritual lama ketika menjalankan kerja pembersihan. Premis cerita yang unik ini menampilkan elemen seram dan thriller yang jarang diterokai dalam filem-filem tempatan.

Menariknya, Dajal (Satu Malam diPedajal) bukan sekadar menawarkan elemen seram, tetapi turut memberikan kelainan dari segi naratif dan sinematografi yang lebih matang dan segar. Filem ini dijangka mampu memberikan pengalaman menonton yang luar biasa bagi peminat genre seram dan thriller.

Dengan tayangan filem ini yang dijadualkan pada 6 Februari 2025 di pawagam seluruh Malaysia, Metrowealth terus mengorak langkah dalam industri perfileman tempatan. Malah, sebuah lagi filem terbaru terbitan Laku Pictures dan edaran Metrowealth dijangka ditayangkan pada pertengahan tahun ini, menandakan filem ke-153 terbitan syarikat produksi tersebut.

Kehadiran Dajal (Satu Malam diPedajal) ke layar perak pastinya dinantikan oleh peminat filem tempatan yang ingin menikmati karya thriller dengan pendekatan yang lebih segar dan mencabar. Adakah filem ini mampu menjadi penanda aras baharu dalam genre seram di Malaysia? Jawapannya hanya boleh diketahui apabila ia mula ditayangkan kelak!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat