Gaza milik Palestin bukannya Israel, AS tak wajar ambil alih – bekas PM Israel

- Advertisement -

WASHINGTON – Bekas Perdana Menteri Israel Ehud Olmert menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk “mengambil alih” Gaza.

Olmert dengan tegas menyatakan kepada BBC rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana wilayah itu bukan milik Israel untuk diserahkan kepada sesiapa.

Dalam program World News America di BBC, berkata, beliau menyambut baik bantuan AS untuk membina semula Gaza, tetapi hanya jika ia dibina oleh dan untuk rakyat Palestin.

“Saya dengar Amerika mengharapkan Israel menyerahkan Gaza kepada mereka. Kami tidak boleh melakukannya kerana kami tidak memilikinya: Gaza bukan milik kami (Israel). Gaza milik Palestin,” tegasnya.

Olmert pernah menjadi ahli Parti Likud, parti yang kini dipimpin oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, selama lebih 30 tahun.

Namun, pada 2006, beliau bersama Ariel Sharon meninggalkan parti tersebut untuk melaksanakan pengunduran tentera dan penduduk Israel dari Gaza. – Agensi

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat