KUALA LUMPUR – Kerajaan sudah memuktamadkan nama Speaker Dewan Negara dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum sidang Dewan bermula.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil juga memberitahu, Kabinet sudah diumumkan mengenai pengosongan jawatan tersebut susulan pelantikan Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak.
“Nama telah dicadangkan dan diserahkan kepada Perdana Menteri untuk diumumkan. Saya percaya (diumumkan) sebelum sidang Dewan bermula iaitu sekitar pertengahan Mac,” katanya pada sidang media pasca Kabinet di pejabatnya, pada Rabu.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan bagaimana enggan mengulas lanjut mengenai pelantikan itu dan menyerah Perdana Menteri untuk membuat pengumuman.
“Buat masa ini, saya tidak dapat dedahkan dari parti mana,” ujarnya lapor Awani.
Dewan Rakyat dijadualkan bersidang pada 18 Mac ini.
Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai TYT Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun dari 26 Januari 2024 sehingga 26 Januari 2028.
Beliau sebelum ini menggantikan Tan Sri Rais Yatim, yang dilantik sebagai Speaker Dewan Negara sejak 18 Jun 2020 dan tamat perkhidmatan pada 16 Jun lalu.