Najib akan mohon pengampunan kedua daripada Sultan Ibrahim – Shafee

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menimbang permohonan pengampunan penuh untuk kali kedua pada masa depan.

Peguam utama pasukan pembelaan Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Shafee berkata, asas kepada permohonan pengampunan ialah bagaimana anak guamnya tidak pernah mendapat perbicaraan yang adil terutamanya ketika kes itu sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Kita sedang serius memikirkan untuk tindakan selanjutnya selepas keputusan pengumuman pengampunan baru-baru ini.

“Kita akan mengemukakan permohonan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak buat kali kedua daripada Agong pada masa yang sesuai kelak,” katanya lapor MG.

Beliau berkata demikian kepada media diluar perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pada Rabu.

Pada 2 Februari lalu, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari memutuskan hukuman penjara ke atas Najib dipendekkan kepada enam tahun dan tarikh beliau dibebaskan adalah pada 23 Ogos 2028. dan mengurangkan denda kepada RM50 juta.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat