Imigresen hantar pulang 1,773 pendatang tanpa izin warga Filipina di Sabah

- Advertisement -

SANDAKAN – Seramai 278 pendatang tanpa izin warga Filipina dihantar pulang ke negara mereka hari ini, menjadikan 1,773 pendatang dari negara berkenaan dihantar pulang tahun ini sama ada melalui laut mahupun udara.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata tiga siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.

“Tahanan yang terlibat pada kali ini adalah tahanan warga Filipina dari Depot Imigresen Sandakan seramai 121 orang dan Depot Imigresen Papar seramai 157 orang.

“Mereka dihantar pulang dengan pengangkutan laut (feri) dari Pelabuhan Sandakan petang ini,” katanya kepada pemberita semasa operasi penghantaran pulang itu di pelabuhan berkenaan di sini hari ini.

Menurut SH Sitti Saleha kumpulan yang dihantar pulang kali ini melibatkan 159 lelaki, 79 wanita dan 40 kanak-kanak.

Mengenai penghantaran pulang pendatang dari Indonesia, beliau memahami negara itu akan menghadapi Pemilihan Umum Presiden pada bulan ini, namun berharap pihak kedutaan Indonesia terus memberi kerjasama dalam pengeluaran dokumen perjalanan bagi warganya yang masih ditahan di Sabah iaitu seramai 757 orang. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat