KFA gesa henti buat spekulasi isu CEO dipanggil SPRM

- Advertisement -

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA) berharap masyarakat tidak sewenang-wenangnya membuat sebarang spekulasi berikutan penahanan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkifli Che Haron yang dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam KFA, Ibrahim Ismail sebentar tadi, KFA menjelaskan peranan Ketua Pegawai Eksekutifnya adalah mengikut bidang tugas tertakluk di bawah statut persatuan berkenaan.

“KFA ingin menjelaskan bahawa fungsi utama CEO adalah bagi melancarkan pentadbiran dan menjalankan tugas sekretariat di bawah Setiausaha Kehormat menurut Statut Persatuan.

“KFA ingin mejelaskan bahawa persatuan tiada kaitan dengan mana-mana projek Kerajaan Negeri.

“Menurut statut persatuan, kesemua keputusan persatuan perlu diputuskan dibawah Jawatankuasa Eksekutif (Exco KFA). CEO hanya menjalankan tugas bagi melicinkan pentadbiran Persatuan,” katanya.

Menurutnya lagi, sepanjang pentadbiran persatuan, pendapatan utama adalah dari sumbangan syarikat dan badan-badan korporat dan segala penerimaan wang telah direkodkan dalam laporan eewangan persatuan dan dibentangkan. Sumbangan diterima adalah tanpa imbalan dan tanpa prasangka.

“Sebagai rekod, CEO KFA yang telah dilantik pada Ogos 2020 telah bersusah payah dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji dan tuntutan hutang daripada badan berkanun semenjak pentadbiran persatuan bertukar kepimpinan.

“Hasil pelantikan itu juga berjaya merekodkan kejayaan proses pemisahan pasukan bola sepak FA kepada FC selain kejayaan memilki pejabat pentadbiran sendiri pada 2023.

“KFA berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan menghentikan tuduhan yang tidak berasas. Kes ini masih diperingkat awal siasatan. Persatuan menafikan semua bentuk keterlibatan rasuah. Seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat