COVID-19 : Singapura lapor satu kes positif jangkitan awal bagi strain B117

Tiada Laporan Laman Sesawang Kerajaan Digodam Setakat Ini – Bukit Aman

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam...

Hospital Melaka Masih Mampu Beroperasi Walaupun 32 Kakitangan Positif COVID-

MELAKA - Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan, kata...

Pharmaniaga Akan Bekal 12 Juta Dos Vaksin COVID-19 Kepada Kerajaan

SHAH ALAM, 26 Jan -- Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) akan membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac COVID-19 kepada Kementerian Kesihatan susulan permeteraian satu perjanjian...

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

SINGAPURA: Satu daripada kes melibatkan komuniti yang dilaporkan di Singapura pada hari Rabu, diuji positif jangkitan awal bagi strain B117, iaitu varian COVID-19 yang berpotensi lebih menular dan kini merebak di United Kingdom (UK).

Menurut data lengkap yang dikeluarkan malam tadi, Kementerian Kesihatan republik itu (MOH) memaklumkan, ia melibatkan seorang lelaki, berusia 24 tahun dari Korea yang merupakan pemegang pas kerja yang bekerja di Azur, Crowne Plaza Changi Airport, 75 Airport Boulevard.

Dilabelkan sebagai Kes 59028, MOH memaklumkan tugas beliau termasuk menghantar makanan yang sudah dibungkus kepada kru dan tetamu hotel tetapi beliau tidak berinteraksi dengan pelanggan di restoran (Azur).

MOH berkata lelaki itu diuji positif semasa ujian rutin berjadual (RRT) pada 2 Jan lepas dan diuji sekali lagi dua hari kemudian dan didapati mula mengalami gejala jangkitan pernafasan akut.

Hasil ujiannya juga positif COVID-19 pada 5 Jan dan beliau dibawa dengan ambulans ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit, kata MOH.

“Hasil ujian serologinya juga negatif, menunjukkan bahawa ini mungkin jangkitan semasa. Beliau juga diuji positif awal untuk strain B117 dan sedang menunggu ujian pengesahan lanjut,” menurut MOH.

Sehingga tengah hari Rabu, republik itu melaporkan sejumlah 31 kes baharu, dua dari komuniti dan 29 diimport, menjadikan jumlah keseluruhan 58,780 kes.

Kedua-dua kes dalam komuniti, termasuk kes 59028, kini tidak mempunyai hubung kait.

Antara kes-kes terbaharu, 30 tidak bergejala dan dikesan hasil ujian saringan dan pengawasan proaktif kementerian, sementara satu kes mempunyai gejala.

Singapura yang merekodkan berakhirnya kluster COVID-19 penghuni asrama pekerja migran pada 24 Nov 2020, kini mengesan tiga kluster baharu yang mempunyai hubungan dengan kes NewOcean 6, sebuah kapal tangki bunker yang dikendalikan oleh Palmstone Tankers & Trdg Pte Ltd di Pelabuhan Singapura.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...