KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh percaya, jika kepimpinan Umno sedar apakah perubahan yang rakyat mahukan hari ini dan berusaha untuk melakukan perubahan tersebut, tidak mustahil sokongan mereka akan kembali semula kepada Umno.
Kerana beliau percaya,rata-rata orang Melayu masih sayangkan Umno tetapi kepercayaan mereka terhadap umno berkurangan atas sebab-sebab yang perlu pemimpin Umno berani untuk lakukan perubahan.
“Jika perubahan yang dilakukan kena pada kemahuan orang Melayu,Insya-Allah Umno akan mendapat kepercayaan seperti sebelum ini,” katanya.
Ketua Pemuda Umno itu mengakui sokongan orang Melayu terhadap Umno kini menyusut.
“Ya betul sokongan orang Melayu terhadap Umno kini berkurangan berbanding sebelum ini.
“Tetapi untuk menyatakan Umno kini sudah tiada langsung tempat di hati orang Melayu, bagi saya itu adalah tidak benar.
” Ya, Umno kalah di PRK Kemaman, tetapi jangan lupa kita juga menang di PRK Pelangai dan pengundi di DUN Pelangai adalah hampir 70 peratus terdiri daripada pengundi Melayu,” ujar beliau.
Menurut Dr Akmal, PAS juga pernah mengalami kekalahan teruk sebelum ini ,tetapi kita tidak pernah menyatakan bahawa PAS umpama kanser. Adalah adat sesebuah parti politik, mesti ada naik dan turun.
“Sokongan orang Melayu beralih kepada PN kerana mereka berasa Umno itu tidak melakukan perubahan seperti yang mereka mahu.
“…dan mereka tiada alternatif lain selain dari memberi undi pada PN untuk menunjukkan undi protes kepada Umno,” katanya.