Pertunjukan Tutur Batin Live In KL, Yura Mahu Dekati Penggemar Di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan penulis lagu dalam bahasa Sunda, Yura Yunita bakal mengadakan konsert ‘Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur’ pada 2 Februari 2023 di Zepp KL.

Pemilik nama sebenar Yunita Rachman telah membina reputasi kariernya dalam bidang seninya dan mahu lebih dekat dengan penggemarnya di Malaysia.

Impak dari single pertama, Intuisi telah mendapat penghargaan Pencipta Lagu Terbaik di Anugerah Musik Indonesia pada tahun 2017 dan menjadi Yura dianugerahkan Penyanyi Solo Wanita Terbaik pada tahun 2018.

Yura juga memenangi anugerah Artis Solo Wanita Pop Terbaik di Anugerah AMI 2022.

Dua tahun ‘berpuasa’ dari menyapa peminat lewat persembahan pentas, suasana dunia yang kembali berputar seperti biasa memberi peluang buat Yura kembali berkarya.

Kali ini Pertunjukan ‘Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur’ akan dibawakan oleh Renjana Idea.

Produksi ini tidak gentar membawakan Yura bertemu peminat di Malaysia pada malam 2 Februari depan kerana percaya magis yang ada pada wanita hebat kelahiran Bandung ini pasti akan menghipnotis peminat untuk berbondong datang merayakan Pertunjukan Tutur Batin.

Seperti uniknya nama Pertunjukan Tutur Batin, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar mengatakan sangat berbesar hati membawa Yura ke Malaysia kerana mahu berkongsi bahagia.

“Karya karya Yura mempunyai statement yang kuat dan selalu berbicara tentang semangat mahupun inspirasi dalam kehidupan.

“Ia banyak menyentuh tentang kelebihan dan kekurangan manusia sehingga mengajak kita semua perlu kuat percaya diri.

“Lagu lagunya seperti Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia, Tutur Batin antara bukti betapa karya Yura sangat memberi inspirasi kepada kita semua. Dan kerana itulah Renjana Idea mahu semangat ini dikongsikan dalam Pertunjukan Tutur Batin,” ujar Aliya Arisya Anuar.

Bagi Yura sendiri, pinangan dari Renjana Idea telah lama dinantikan.

“Lamaran ini tidak harus dilepaskan. Sejak dari album pertama sehingga Merakit dan kini Tutur Batin, ada banyak momen yang ingin saya kongsikan bersama peminat menerusi karya karya yang terhasil.

“Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi ruang intimasi saya dan peminat berbagi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh liku tetapi tidak pernah patah semangat juang,” ujar Yura.

Single pertama yang dihasilkannya adalah Balada Sirkus pada 2014 selepas menyertai pertandingan realiti The Voice dan sempat menjadi anak didik mendiang Glenn Fredly.

Antara lagu hit lainnya adalah Intuisi, Pekat dan Berawal Dari Tatap.

Untuk menyaksikan persembahan Yura Yunita pada 2 Februari 2023 di Zepp KL kelak, sila semak butiran dan harga tiket seperti di bawah.

TUTUR BATIN (standing)                       – RM180
YURA (normal seat)                                – RM250
MERAKIT (Premium seat)                       – RM280
VIP BOX MEET & GREET (max 8 pax)  -RM4,640

Untuk sebarang tempahan tiket sila layari goliveasia.com.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat