Jijik Dengan Bahasa Inggeris, Aziz Bari Saran Rais Tekan UMNO Pakai Nama Melayu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Rais Yatim sepatutnya mengemukakan saranan kepada UMNO supaya menukar nama parti daripada United Malays National Organisation kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu,” gesa ADUN Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari.

Saranan itu hadir selepas Rais membidas pihak berkuasa tempatan kerana memilih nama Inggeris berbanding nama dalam bahasa Melayu untuk pelbagai lokasi, menyifatkan amalan itu sebagai “menjijikkan.”

“Sebenarnya Rais hanya seorang nasionalis yang dilahirkan semula. Rais tidak pernah berkata begini semasa menjadi menteri atau menteri besar Negeri Sembilan.

“Malah beliau pernah menjadi setiausaha Parlimen pada tahun 1974 semasa zaman Tun Abdul Razak Hussein.

“Kalau Rais begitu ghairah beliau patut tekan UMNO untuk menggunakan nama Melayu yang pernah digunakan agak lama selepas UMNO ditubuhkan tetapi tenggelam.

“Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama jadi kita harus berhati-hati,” kata Aziz memetik Malaysiakini pada Isnin.

Aziz yang juga  Naib Pengerusi DAP Perak berkata Rais harus mencontohi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pejuang bahasa Melayu pada zaman menjadi pelajar tetapi sejak itu mengamalkan pandangan berbilang kaum.

“Rais mempunyai kebolehan membuat pusingan U sebenarnya. Dia berpindah ke Parti Semangat 46 selepas Pasukan B kalah dalam pemilihan Umno 1987 kemudian membuat PhD di London mengkritik cara UMNO yang tidak demokratik.

“Tetapi tidak lama selepas itu beliau menyertai semula UMNO,” kata Aziz.

Rais sejak beberapa tahun kebelakangan ini diketahui membidas ahli Dewan Negara kerana menggunakan ungkapan bahasa Inggeris dan pernah secara terbuka mengecam seorang wartawan kerana bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris kepadanya.

Katanya, beliau lantang mengenai isu ini sejak 12 tahun lalu.

“Ketika itu kita ada Ukay Heights, Ainsdale, Ampang Waterfront dan banyak lagi yang saya rasa menjijikkan,” kata Rais dalam wawancara dengan Utusan Malaysia.

Rais berkata amalan itu telah menggambarkan obsesi terhadap nama gaya Inggeris, menyamakannya dengan orang Cina yang menggunakan “nama Eropah seperti Michael, James atau George” berbanding nama Cina mereka.

“Saya ingin menyeru semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan untuk mengubah sikap itu,” kata Rais.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat