Oleh Zihan Zari
PUTRAJAYA – Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Shamsuri Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah JPPKK yang baharu berkuat kuasa 5 November 2025 menggantikan Dato’ Dr. Hj. Mohd Zahari Ismail yang bersara wajib pada 1 Oktober lalu.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan memaklumkan
Dr. Shamsuri, sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah JPPKK, beliau telah menerajui Politeknik Ungku Omar (PUO) selaku Pengarah pada 7 Februari 2023 dan seterusnya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JPPKK pada 23 Mei 2025.
“Dr. Shamsuri, 57, anak kelahiran Negeri Sembilan, berkelulusan Sarjana Muda (BSc.) Ekonomi dan Ekonomi Perniagaan dari Hull University, United Kingdom.
Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Teknologi Maklumat dari Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ”kata kenyataan itu.
“Kementerian yakin dengan kepimpinan baharu di bawah Dr. Shamsuri yang berpengalaman luas lebih 30 tahun bersama politeknik akan dapat terus memacu kecemerlangan politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) sebagai sebuah institusi peneraju dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.
“Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Zahari atas jasa dan khidmat bakti beliau menerajui JPPKK, ”kata kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, telah menyampaikan watikah kenaikan pangkat kepada Dr. Shamsuri di Pejabat KPPA, dekat sini pada Rabu.
Turut menyaksikan, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr. Mohd Bakhari Ismail; dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan, JPA, Dato’ Badurunhisam Mohd Nor, Pengarah Bahagian Perkhidmatan, JPA- SUARA.TV



