Pameran Projek Arkib Chung Chen Sun catat 21,000 pengunjung, dilanjutkan sehingga 29 Disember ini

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Pameran Projek Arkib Chung Chen Sun di Balai Seni Negara mendapat sambutan luar biasa telah merekodkan lebih 21,000 pengunjung sejak ia dibuka pada 4 Mac lalu akan dilanjutkan sehingga 29 Disember ini.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
dalam kenyataannya berkata, langkah melanjutkan tempoh pameran ini bagi memberi peluang lebih ramai kepada pengunjung untuk mendalami warisan seni dan pendidikan tokoh tersohor ini.

“Pameran ini menghimpunkan pelbagai bahan dokumentasi penting termasuk foto, lakaran, katalog, rakaman wawancara serta koleksi karya seni dakwat Cina, lukisan minyak dan pastel Chung Chen Sun yang jarang dipamerkan kepada umum.

“Ia disusun dengan kerangka falsafah Konfusianisme, memaparkan perjalanan seni beliau dari konteks nasional hingga antarabangsa.

“Selain itu, menyoroti peranan beliau sebagai pengasas Malaysian Institute of Art (MIA) dan sumbangan besar dalam bidang pendidikan seni negara, ”kata kenyataan itu.

Katanya, pelanjutan tempoh ini juga selaras dengan hasrat Balai Seni Negara untuk memperkukuh usaha pendokumentasian seni visual Malaysia serta memastikan legasi tokoh seni seperti Chung Chen Sun terus dikenali dan dihargai oleh generasi kini dan akan datang.

“Orang ramai dan peminat seni visual dijemput untuk berkunjung dan menghayati serta menyaksikan pameran ini di Galeri Potret, Balai Seni Negara dan masuk adalah percuma, ”katanya lagi.

Tambahnya, untuk maklumat lanjut, sila layari www.artgallery.gov.my atau ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat